Tuesday, June 26, 2012

BRAVE @ NUFFNANG PREMIERE SCREENING

ASSALAMUALAIKUM
Pertama sekali nak ucap ribuan terima kasih dekat Nuffnang oleh sebab bagi aku peluang nonton cita brave secara free..Sayang Nuffnang ketat-ketat..haha...Semalam bertempat di Chatay Cineplex Damansra berlangsungnya Nuffnang Premiere Screening untuk cita brave. Jalan cerita brave ni amat menarik dan sangat-sangat kelakar ok dari awal sampai abis asyik gelak ja tengok cerita ni..Bagi korang yang rasa stress tuh baik g tengok cerita ni pasti anda akan hepy..aku bagi penuh 5/5 bintang...

Sinopsis
Merida yang merupakan puteri kepada Raja Fergus dan Ratu Elinor adalah seorang pemanah hebat dan remaja yang berani melawan tradisi dan takdir.. Merida bertekad untuk menentukan jalan hidupnya sendiri dan melawan penguasa tanah bernama Lord Macintosh dan Lord Dingwall.. Tanpa disengajakan, Merida telah membuat kekacauan dan emarahan kawasan pemerintahan bapanya, ketika dia memerlukan bantuan daripada Witch , dia berdepan nasib yang buruk...

selanjutnya sila pergi tengok dipawagan berdekatan anda..hehe



Monday, June 25, 2012

ANUGERAH DI DALAM BLOG HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM
Setelah 2 ari off blog oleh sebab bercuti ditempat yang tak de line untuk update jadi terbengkalai lah blog aku ni…Sangat risau okeh bila xon9 blog nih hati rasa tak tenang jaw eh..rindu saya x?eh...haha
Untuk hari ni aku nak perkenalkan satu lagi benda baru yang aku nak buat dalam blog aku ni. Ianya adalah memperkenalkan ANUGERAH-ANUGERAH yang terdapat didalam BLOG HAZWAN HAIRY ni…
Ini adalah satu lagi idea dan ianya bersebab bagi menghargai followers & reader yang sudi view ,komen,beramah mesra dengan saya ketika berblogging.
Antara anugerah didalam blog hazwan hairy
Anugerah pengomen pilihan
Anugerah blogger sporting
Anugerah khas blogger

Anugerah pengomen pilihan
Anugerah ni aku akan memilih top5 pengomen  sejati dalam blog aku nih..Jadi untuk kategori nih ada 25 orang pemenang setiap bulan.Jika kiraan komen anda seri aku akan wat undian untuk pilih pemenang.

Anugerah blogger sporting
Anugerah nih aku akan menilai berdasarkan keramahan anda semua dengan aku tak kira lah di dalam shout blog ke , di sini TWITTER , di sini FACEBOOK BADGE or di sini FACEBOOK LIKE..Kategori ni ada 10 pemenang.

Anugerah khas blogger
Anugerah ni khas dari aku sendiri akan menilai dari semua segi merangkumi semua iaitu komen di blog, facebook like,facebook badge,twitter dan segi keramahan anda iaanya untuk 1 pemenang sahaja.

Hadiah-hadiah
Anugerah pengomen pilihan
Pertama – Topup rm 10/ penanda buku khas / Sijil penghargaan
Kedua – topup rm 5/ penanda buku khas/ Siji penghargaan
Ketiga – coklat Cadbury/ penanda buku khas/ Sijil penghargaan /
Keempat - saguhati
Kelima - saguhati
saguhati - review 20 blogger

Anugerah blogger sporting
pertama - Topup rm5 / penanda buku khas / sijil penghargaan
ke 2- ke 5 = saguhati
Review blog = 5 blogger

Anugerah khas blogger
Topup rm5/ penanda buku khas / sijil penghargaan

perhatian !!!
award ni akan berkuatkuasa  1/7/2012

Untuk korang yang belum lagi tengok macam mana penanda buku khas dengan sijil penghargaan boleh klik SINI dan SINI
Korang yang baru follow mesti tertanya-tanya sijil penghargaan? Haaaa untuk contest aku ni aku sediakan sijil dan ianya bersebab…Tunggu next entry

Friday, June 22, 2012

TQ NUFFFNANG ALHAMDULILLAH REZEKI

ASSALAMUALAIKUM...
Mula-mula sekadar hanya mencuba nasib tetapi rezeki berpihak kepada saya untuk kali nih..Syukur alhamdulillah semalam belek-belek email tengok satu email dari Nuffnang terus buka then di situ tercatit jemputan untuk menghadiri Nuffnang Premiere Screening cerita brave bertempat di Cathay Cineplex Damansara..
tekan tuk besarkan
 Accually cathay cineplex ni dekat ngan umah jadi sebab tuh lah try join untuk attent event nih dapat juga kenal dengan blogger-blogger yang hadir kalau ada rezeki kan...Insyallah hari isnin malam ni saya akan hadir untuk filem ini..Terima kasih sekali lagi kepada pihak Nuffnang kerana beri peluang nih...Love u Nuffnang.

p/s: ada sapa-sapa yg baca entry nih dapat jmputan? Pada anda yang hadir untuk jemputan nih kita jumpa disana ea..Nebes plak lah nak berhadapan dengan blogger-blogger yang hadir dah lah pemalu...ahks..

OFF BLOG 2 HARI KORANG JGN LUPA TINGGAL LINK VIEW TAU...LOVE U ALL




Thursday, June 21, 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA


ASSALAMUALAIKUM...
Dah lama xjoin segmen ni ternampak en ben ada buat segmen tuk malam nih terasa cam nak join ja..Boleh gak kenal ngn blogger-blogger lain..Segmen ni hanya 2 jam ja ok...kalau korang berminat boleh KLIK SINI

Senang ja segmen nih korang perlu jelaskan blog macam mana yang anda suka baca dan kenapa..

Bagi aku kan , aku suka baca blog yang simple dan padat dengan cerita...Xkisah lah blog tuh blog apa pun janji menarik untuk dibaca..Sebab aku boleh lihat semua orang sedang menyampaikan sesuatu..Jika blog anda mengisahkan tentang BF/GF sory saya xminat nak baca...haha

Sekian saja...

TEMPAHAN UNTUK RAYA DIBUKA

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni nak stop jap bercerita pasal birthday party ngan tips-tips...Untuk birthday party belum abis lagi tau..ada lagi 3 entry lagi ok..!! haha..kalau direct pasal birthday nanti korang bosan matiler nak cari reader balik...Sayang sangat kat korang semua yang sudi baca entry dan komen-komen kat entry aku nih...Sangat-sangat hargai korang sampai mati....

Untuk hari nih aku nak share kat korang yang berminat nak tempah cookies, batang buruk sabah, dan lain-lain untuk tempahan raya...Mohon jasa baik dari anda-anda yang baca entry ni LIKE page nih segala maklumat anda boleh dapatkan di dalam ini KLIK SINI

IH Empayar Nusantara ni kalau korang yang pernah join contest aku seblum ni mesti tau kan yang owner page nih yang sponser hadiah-hadiah lumayan untuk contest aku tuh....Page ni adalah page untuk bisnes makanan. Di dalam page ni anda boleh lihat jenis-jenis biskut untuk tempahan raya atau bila-bila masa sahaja jika anda berminat..Segala maklumat ada dalam tuh jika anda berminat boleh PM saya okey...

COOKIES

BATANG BURUK SABAH
APAM LADYBUG
COOKIES
CHEESE TART

Walau dimana saja anda berada kami menjanjikan yang terbaik..
by hand sekitar lembah klang, kuala lumpur, selangor, pulau pinang, kedah, kuala lipis, segamat

Sekali lagi mohon LIKE n LIHAT page ini KLIK SINI

Wednesday, June 20, 2012

CARD BIRTHDAY HAZWAN HAIRY YG UNIK

ASSALAMUALAIKUM...
Mukadimah untuk entry ni aku nak ucap ribuan terima kasih kepada mereka yang wish birthday aku yang ke 24...#EH terkantoi sudah umur aku nih dah tua kan dah boleh kahwin lah camni....*jodoh dimana kau...haha.

Apa yang aku teruja untuk birthday kali nih bila aku dapat birthday card yang sangat besar ok seumur hidup aku xpernah aku dapat kad birthday yang begitu besar tuh siap ada gambar dan tandatangan lagi dalam tuh..Tandatangan dari staff2 gemilang press plak tuh ! sangat-sangat terharu dan teruja bila tengok kad dan ucapan dalam tuh terasa sebak sekejap.... opss..

Thankz to along yang buat suprise ni dan belanja semua untuk party semalam...xtau nak ucap macam mana dah terkedu bila tengok suprise tuh ingatkan g karoke saja..

p/s: ada sapa-sapa nak sign atas kad ucapan tuh?

untuk SUPRISE PARTY HAZWAN HAIRY KLIK SINI


Tuesday, June 19, 2012

SUPRISE BIRTHDAY PARTY HAZWAN HAIRY

ASSALAMUALAIKUM..
Hepy birthday to u...
Hepy birthday to u...
Hepy birthday to hery
Hepy birthday day to u...

#Eh birthday kau lah hazwan hairy !!
anda dah semakin tua lah kan..haha
SUPRISE
Sungguh aku xsangka lagu hepy birthday nih ada lagi orang nyanyikan untuk aku...Fuhhh ketika saat tu hati ni terasa teruja,sebak,gembira,terharu dengan mereka yang nyanyikan lagu untuk birthday aku kali nih...Btw ini adalah suprise daripada along dia adalah ketua yang rancang semua ni dengan staff gemilang press..

Untuk birthday kali nih aku dapat lagi suprise dari mereka yang aku sayang..ingatkan dah tua nih dah xda suprise rupanya still ada sangat untung ok dapat kenal mereka-mereka nih... kenapa wat suprise nih kan dah tua ..

jawapan : eh2 hery nampak cam umur 18tahun tau...ohhh terasa muda bila mereka cakap camtuh..HAHA..(jangan carut saya haha )

Suprise kali nih dibuat di karaoke box dekat the curve mutiara damansara lunch tadi...Mula-mula aku ingat nak g karok ngan makan  ja lah ngan dorang nak lepaskan tension tapi rupanya suprise party lah plak siap dapat kad ucapan yang bapak besar , kek ais cream dengan ada sekali topi tuk berparty..wahhhh!!! aku xkan lupakan detik nih...
meh tengok pic yang sempat snap ni...
Ais cream kek
AKU NGN WYWEEN
ALONG ,WYWEEN ,KAK SU
ALONG N KAK SU
CIK ETON, KAK SU, WYWEEN
AKU,KAK SU, CIK ETON, WYWEEN
Walaupun hanya 5 orang ja  2 laki 3 pompuan yang dapat pegi oleh sebab kebanyakkan bz so ada komitmen kerja, party ni tetap riuh rendah macam 50 orang....aku sangat-sangat bahagia wehh!!! haha... Terima kasih lagi sekali buat along, wywen, kak su,cik eton dan semua staff2 gemilang press atas ucapan anda...

P/S : Hadiah mana? HAHA...Macam birtday budak-budak x? sangat kan tapi aku sangat suka!! haha....


Monday, June 18, 2012

TIPS BERHADAPAN LELAKI MENANGIS


ASSALAMUALAIKUM..
Entry sebelum ni saya ada buat pasal punca utama lelaki menangis kan.. Kalau korang yang belum tahu punca kenapa lelaki mengalirkan airmata boleh KLIK SINI
Lelaki terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Walau dalam apa jua perbuatan, lelaki sememangnya ingin di lihat sebagai seorang yang gagah berani dan tampil bergaya. Lelaki juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati dan persaan sama seperti seorang wanita dan apabila perasaan mula dilanda emosi akhirnya gugurlah airmata lelaki...

Tips berhadapan lelaki menangis

Tenangkan hati dan perasaan dia dan juga menenangan dirinya.
Beri kata-kata semangat yang boleh buat dia bangun semula.
- Jangan lekas buat andaian ,Lelaki yang menangis tidak semestinya mereka tidak tulen. Terima keadaan dirinya seadanya..
- Jangan panik sekiranya abg, adik, ayah, suami, kekasih anda menangis. Tanya sebab kenapa mereka menangis.

simple kan? selamat mencuba jika anda mengalami situasi macam ni..
Punca utama lelaki menangis KLIK SINI



Sunday, June 17, 2012

SEKITAR GAMBAR JEREBU AREA KOTA DAMANSARA

ASSALAMUALIKUM...
Dah hampir seminggu sekitar kuala Lumpur dan lembah klang nih tak hujan tapi semalam alhamdulillah hujan turun juga berkurang sikit jerebu ni...Time jerebu kawasan rumah aku nih lagi lah dah rasa macam ada kabus-kabus dari atas bukit macam kat genting plak.. Kalau kabus sejuk tak pe ni jerebu kan sangat bahaya untuk kesihatan okey...

Petang semalam keluar jalan-jalan kat area kota damansara atas sebab nak cari barang penting sempat juga aku snap gambar-gambar time masa nak balik tuh..Oleh sebab rasa terkejut tengok langit putih dengan kabus-kabus tuh terus aku snap..Tak pernah lagi macam ni kalau area kota damansara nih..
ni gambar yang aku sempat snap....teruk kan.




Korang yang belum tengok lagi tips yang perlu amal ketika keadaan jerebu nih boleh KLIK SINI

p/s: Hari ni rasa cam ok sikit oleh sebab pagi tadi dah hujan...Alhamdulillah 

TIPS PERLU AMAL KETIKA JEREBU


ASSALAMUALAIKUM...

Sekitar Kuala Lumpur , lembah Klang dan beberapa kawasan sekarang sedang dilanda fanomena jerebu akibat daripada kebakaran dari sumatera indonesia.. Sudah hampir seminggu hujan tidak turun dan mengakibatkan keadaan jerebu bertambah buruk serta merbahaya kesihatan kepada manusia. Jadi kepada korang yang di sini saya nak bagi tips yang patut anda amalkan ketika jerebu.
sekitar Kota Damansara
tips
- Banyakkan meminum air masak
- Kurangkan aktiviti luar kalau boleh rehatkan diri di rumah saja ketika cuti
- Jika anda keluar rumah pastikan memakai penutup mulut bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu.
- Elakkan pembakaran secara terbuka di tempat anda

itu saja untuk kali ni kesihatan amat penting untuk diri...-peace-
kongsi-kongsi kan la eaa...

Friday, June 15, 2012

PUNCA UTAMA LELAKI MENANGIS

ASSALAMUALAIKUM..
Semua lelaki jika boleh ingin mengelak untuk menangis . Namun adakah salah jika seseorang lelaki mengeluarkan airmata? Ramai beranggapan jika lelaki menangis akan dikategorikan sebagai lelaki lembut, tidak sejati dan sebagainya namun sebaliknya yang beranggapan bahawa lelaki menangis mempunyai sebab. Di sini aku nak senaraikan punca utama lelaki menangis

Kamatian orang yang di cintai
- Lelaki memang sukar untuk menangis namun jika berhadapan dengan kematian sudah pasti jasadnya tidak dapat menahan kesedihan

Kegagalan
- Kegagalan dari sudut rumahtangga dan kerjaya. Setelah menemui jalan buntu dalam menyelamatkan daripada berakhir, lelaki mudah sekali untuk menangis.

Kesyukuran
- Setelah bersusah payah untuk mencapai kejayaan akhirnya berjaya lelaki akan menangis sebagai tanda bersyukur.

Ketika bergelar ayah
- Melihat zuriat bersama isteri yang disayangi dan di cintai sudah pasti akan meninggalkan kenangan manis dalam hati hingga mengalirkan airmata gembira..

Berjaya melamar kekasih hati untuk dikahwini
- Ini merupakan salah satu saat manis yang membuatkan lelaki mengalirkan airmata setelah bersusah payah untuk menawan hati si dia..

sekian saja untuk entry kali ini...
Kongsikan lah dengan mereka diluar sana... -peace-

AKU PORTUGAL !! KAU?

ASSALAMUALAIKUM...
Mula-mula nak cakap ada aku kesah portugal dah kalah 1 game..haha !! tahniah tuk game ke2 ..
dah sangat lewat aku update pasal euro ni ntah kenapa aku xnak publish entry nih aku pun xtau lah..haha

Pasukan korang ape? Macam aku sudah semestinya memilih pasukan portugal lah macam piala dunia aritu juga portugal tetap di hati walaupun kecundang.hehe...Entry hari ni nak tunjuk kat korang jersey yang aku beli..hehe..Semangat kan haruslah beli walaupun xde lah mahal mana janji ada dan boleh di pakai...korang dah beli jersey pasukan korang? !!

senarai pemain PORTUGAL

Penjaga gol
- Eduardo ( Benfica ) , Rui Patricio ( Sporting ) , Beto (CPR Cluj )

Penyerang
- Cristiano Ronaldo ( real madrid ) , Nani (MU) ,Hugo Almeilda , Ricardo Quaresma (Besiktas ), Silvestre Varela ( Porto ) , Helder Postiga ( Real Zaragoza ), Nelson Oliveira ( Benfica )

Pertahanan
- Bruno Alves ( Zenit st petersburg ) , Rolado ( Porto ), Ricardo Costa ( Valencia ) , Pepe ( Real Madrid ), Migual Lopez ( Braga ), Joao Pariera ( Sporting ) , Fabio Coentaro ( Real Madrid )

Tengah
- Custodio ( Braga ) , Hugo Viana ( Braga ) , Raul Meireles ( Chelsea ), Migual Vileso ( Genoa ), joao Mauthinho ( Porto ) , Ruben Micael ( Zeal Zaeagoza )


p/s: apa-apa pu tahniah Malaysia kerana telah mengalahkan singapore.. haha

Thursday, June 14, 2012

TIPS UNTUK MEMIKAT HATI WANITA

ASSALAMUALAIKUM
Ehem entry ni khas buat bacan kaum lelaki ansem, macho, kacak ,comel di luar sana yang sangat memerlukan tips untuk memikat hati wanita...! Tips ni amat penting buat lelaki jika anda mahukan yang terbaik...

1. Jaga penampilan diri dan kebersihan diri
 contoh :
 - Berpakaian kemas yang bersesuai dengan tempat..
 - Semburan perfium amat penting agar kita kelihatan sentiasa wangi. (jgn over sgt wangi tuh nnti dorg plak sentap)
 - Gigi sentiasa gosok jangan biarkan gigi kuning terus anda akan di reject serta merta
 - Sentiasa pakai deadorant jika anda kemana-mana ! (penting ni kalau x tahan lah cacian )
 - Kuku sentiasa kemas dan tidak hitam legam ea

2. Jangan nampak terlalu terdesak
Wahai lelaki (termasuk aku) jika kita sangat tergilakan seorang perempuan itu bersikap cool lebih baik jangan terlalu memaksa seseorang wanita kerana mereKa akan berasa diri terlalu "rimas" dengan kelakuan kita.

3. Jadi diri sendiri
jadilah dri sendiri xperlu nak ikut cara orang lain kerana tu lebih afdal dalam hubungan. Kita semua diciptakan dengan sempurna oleh Tuhan jadi bersyukur dengan apa yang ada..

4. Senyum
Orang cakap wanita akan muda tergoda dengan kita apabila melihat seseorang lelaki itu senyum ( betul ka tak ea ) .Apabila kita senyum dengan jujur ia akan nampak kelihatan sangat manis..senyum juga merupakan satu sedekah jadi senyumlah ea..

5. Sentiasa mengambil berat
yang ni penting ok...sentiasa mengambil berat terhadap wanita yang anda minat contohnya :
sihat ke harini?
dah makan ker?
lifee arini macam mana?
family sihat?
sesekali jika kita bertanya ia akan mendatangkan kebaikan kepada kita kerana mereka akan anggap bahawa kita seorang yang bertanggungjawab dan prihatin dengan mereka..tp !! jangan terlalu kerap nanti mereka akn berasa rimas..

itu saja untuk bacaan kaum lelaki selamat mencuba ea.. -peace-


Wednesday, June 13, 2012

KAMI PENYOKONG / TEAM MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM

Tahniah buat pasukan bola sepak malaysia !!! 2-0 sangat memadai untuk negara apatah lagi untuk kami penyokong yang memenuhi Stadium Shah Alam semalam..Memang mendebarkan lah bila tengok live semalam kat stadium kalau diikutkan xoutside 4 gol malaysa boleh dapat. Yang penting pemain malaysia tidak mengecewakan peminat-peminat bola sepak malaysia..yeahaa!!

Agak lambat sikit nak update entry pasal nih oleh sebab pic baru saja dapat! gigih nak masukkan pic juga kan..Gambar sekitar Stadium Shah Alam semalam

Alhamdulillah semalam dapat tiket percuma saja ok xperlu nak bayar pun oleh sebab kami team malaysia & bekerja dengan TM so apa lagi dapat lah tiket free tp bukan aku keja TM tau..haha...Terima kasih kak gee sebab bg adikmu ni tiket free xmelayang lah rm20...hehe...

Tetiber semalam aku terjumpa tiket berbayar 2 keping sapa punya ntah tengok dah ada atas lantai jadi itu mayb adalah rezeki aku kot nak bagi kat tuan dia xtau sapa kan jadi aku jual lah 2 tiket tuh dapat lah aku rm40 ..haha....

p/s: abaikan yang mana buruk..ahks





WORDLESS WEDNESDAY #


Wordless Wednesday : Rabu tak bercakap , gambar yang menceritakan segalanya...
tapi untuk WW arini aku nak bercakap sebabnya aku nak jelaskan tentang gambar diatas..Gambar diatas ni aku bukan saja-saja letak ok tapi nak tunjuk kat korang hasil edit menjadi ka x..Almaklumlah try to be a graphic designer bukan model ok sangat xlayak..HAHA...jadi apa kata anda? boleh kah aku edit pic.. :p

Tuesday, June 12, 2012

"SALJI PUTIH" DAN SI PEMBURU

ASSALAMUALAIKUM..
Semalam baru berkesempatan nak tengok wayang jadi pilihan aku adalah cita "salji putih dan si pemburu" a.k.a snow white and the huntsman...Walaupun cerita nih dah hampir 2 miggu tayangan tapi hall tetap penuh ok tu pun dah selling fast.. Jalan cerita yang sangat-sangat menarik dan mendebarkan. Bagi korang yang ada niat nak tengok wayang tuh then belum tengok lagi citer ni aku sarankan kat korang tengok lah cerita nih ea..Kalau dah tengok xpe meh kongsi bersama ! haha...
Sinopsis
Seorang pemburu telah diperintahkan oleh ratu yang amat jahat untuk menculik dan membunuh Snow White di tengah hutan. Namun , segalanya berubah apabila pemburu tersebut jatuh cinta dengan Snow White dan bertindak menjadi pelindung kepada snow white. Ratu mengetahui khabar tersebut lalu bertindak untuk memburu mereka. Snow White bukan lagi seperti kisah klasik dahulu kala, namun berubah menjadi puteri kental apabila dia turut melawan ratu jahat tersebut dengan belajar untuk berlawan dan memakai besi seperti para pahlawan lain.

Monday, June 11, 2012

MELAWAN ARUS CINTAMU - PUTERI CAROLINE

Melawan Arus Cintamu – Puteri Caroline

Sabar ini
Hatiku resah
Mengapa harus begitu

Kau disana
Aku disini
Ku tak bisa lihat semua

Jalan cinta ini
Yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama tuk meneruskan perjalanan

Asmara engkau dan aku bagai sudah tiba jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus

Asmara engkau dan aku dibuai gelora yang tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus ini
Arus ini

Jalan cinta ini
Yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama tuk meneruskan perjalanan


Friday, June 8, 2012

AKU ADALAH AKU !!



kalaulah aku seekor burung..
akan aku terbang tggi smpai awan biru...
sehingga xlagi mampu...
tp itu suma tak mungkin..
kerana aku adlah aku...
seorang insan yang lemah!!!!

kalaulah aku air..
akan aku sirami KUALA LUMPUR ini..
yang sedang di CATU air...
untuk merubah segalanya yg berlaku..
tapi xmungkin kerna aku adalah aku..
insan yg lemah yg perlukan arah tuju..

kalaulah aku sekuntum bunga
akan aku hiasi dunia ini seindah yg mungkin.
sebegitu indah di alam maya..
tapi itu tak mungkin..
kerna aku adalah aku..
insan yg lemah yg xmampu!!!

TIPS BERHADAPAN LELAKI "LEMAH SEMANGAT"

Assalamualaikum...
TIP BERHADAPAN DENGAN LELAKI "LEMAH SEMANGAT"
Lelaki lemah semangat mudah kecut? apa kata anda? 
(buat bacaan kaum wanita)

Sebetulnya, lelaki dianggap berkualiti jika kental dalam apa jua cabaran .. Namun tidak semua lahir sempurna. jika anda berpasangan dengan seorang lelaki yang mudah "lemah semangat" ada cara untuk anda berhadapan dengan mereka..

-  Sekiranya keluar bersama , elakkan berduaan di tempat yang berpotensi melemahkan semangatnya..
    contoh : keluar menonton wayang seram
-  Kurangkan bergurau senda mengenai isu sensetif. ada kalanya ia sensetif dan mampu mengugat perhubungan
-  Tunjukkan sokongan dan sentiasa memberi nasihat membina demi menguatkan kembali semangatnya.
-  Jangan anggap 'lemah semangat" satu aspek kekurangan si dia.


simple right selamat mengenalpasti dan mencuba ea... peace-



Thursday, June 7, 2012

SIJIL PENGHARGAAN CONTEST DAH SIAP !!!AWESOME

 ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah sijil-sijil penghargaan untuk pemenang CONTEST KE 2 HAZWAN HAIRY telah pun disiapkan walaupun agak lambat seminggu..tetapi para pemenang telah pun di beritahu sebab kelewatan sijil & pengeposan hadiah..

korang yang baru follow blog aku mesti tertanya-tanya kan sijil? motip contest ada sijil-sijil bagai..haha! okey ini adalah idea daripada aku dan penaja..sapa yang pernah bagi sijil bila wat contest? kalau ade bukan aku yang pertama lah ea...ohh berangan..HAHA... terima kasih banyak-banyak dekat penaja kerana sudi sponser semua hadiah nih..sayang penaja ketat-ketat..haha

btw aku rasa sijil ni sangat-sangat lah cantik weh walaupun ini adalah sijil saja-saja yang xde nilai dimana-mana hope korang yang menang simpan sijil ni until aku wat pengumuman nak jemput korang untuk satu majlis yang aku akan anjur nanti bila dah tiba masanya...

ni adalah contoh-contoh sijil yang akan di berikan kepada mereka-merea yang berjaya

jadi apa kata anda? berminat nak dapatkan?haha..tunggu next cntest ok...- peace-


Wednesday, June 6, 2012

REVIEW FILEM : HO0RE HOORE TERBAIK WALAUPUN! !!!!

ASSALAMUALAIKUM
Dah 2 minggu lebih cita ni tapi aku baru ja berkesempatan nak tengok walaupun dalam hall xsampai 10 orang! HAHA..so funny !! ada aku kesah lambat pegi tengok ka x...Bagi aku filem muzikal ni sangat menarik okey bagi korang yang xtengok tuh rugi-rugi...korang tunggu vcd ja lah ea sebabnya kat GSC dah xde citer nih...haha...aku bagi markah full 5/5


Astro Shaw dan Real Films Sdn Bhd buat pertama kali bekerjasama bagi menghasilkan sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati perjuangan seni selepas pemergian 2 dekad (20 tahun) Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.

SINOPSIS
Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

SENARAI BLOGLIST JUNE TP BILA PENCARIAN BLOGLIST JUN?

ASSALAMUALAIKUM...
"Hazwan Hairy ,untuk bulan jun ni xda wat pencarian bloglist  ker?'" soalan yang ditanya oleh beberapa orang blogger yang selalu menerjah blog aku nih....Untuk pengetahuan semua bloglist jun dah pun aku listkan dalam sidebar kanan blog nih...Bila pncarian bloglist june?  sebenarnya aku xda wat pun segmen pencarian bloglist untuk bulan jun punya aku just amik senarai peserta contest ke2 hazwan hairy yang aku anjur baru-baru nih..selanjutnya KLIK SINI

Korang yang join contest aku nih masih ingat lagi ker? ke dah xkenal aku dah? haha...xpelah if korang terbaca entry nih korang drop lah komen ea bgtau nama anda ade tersenarai ka x dalam bloglist jun tuh...Hope sangat korang still jenguk-jenguk blog aku nih kannnnn!!!...masing-masing followers dah up kot-kot lupa blog aku yang cikai nih...aku sentiasa melwat anda tau..

Untuk mereka yang x berkesempatan masuk dalam bloglist aku nih kang aku buat bloglist lain plak ea..Kalau korang masuk selalau blog aku then tinggalkan jejak berkmungkinan bernasib baik untuk di serap masuk dalam bloglist mana-mana dalam blog aku nih senang aku nak BW anda kembali kerana korang sangat sporting...

sekian terima kasih ........

Tuesday, June 5, 2012

CONTEST APAKAH?: TEKA DUIT TABUNG


ASSALAMUALAIKUM
Hari ni  baru ada masa nak join contest yang di anjurkan oleh mk shahir walaupun kurang sihat lagi tapi aku tetap nak join support kawan-kawan aku...ternampak duit plak terus rasa seperti mata duitan..haha!! untuk kali ni aku suka-suka ja nak teka & meriahkan contest nih menang kalah adat permainan kan...kalau semua nak menang sapa nak kalah kan...

Sebenarnya aku suka main teka-teka nih masa zaman kanak-kanak dulu cam teka kacang! selalunya ada ong lah juga walaupun saguhati..haha...okey sudah-sudah ayuh dengan tekaan...aku teka!!!!

RM489.80
over x tekaan aku?ada yang lagi tinggi dari aku?haha....
aku taq CTK

p/s : header kau aku xboleh nak upload apa kena ntah!  

KENAPA AKU X BLOGGING?

ASSALAMUALAIKUM..
Hampir 3 hari aku xblogging ada yang tercari-cari kemana pergi hazwan hairy? ade x yang rindu blog HH ni?(erghhh ) , ada yang rindu kat HH? ( aiyoooo ) haha....Alhamdulillah dengan izin yang maha kuasa aku dapat lagi berblogging dan lakukan kerja-kerja harian aku...

Korang yang baca entry aku yang sebelum aku menghilangkan diri selama 3 hari tu mesti korang ingat aku sibuk dengan kenduri kahwin kak ngah aku tuh kan? acctually bukan sebab kenduri kahwin tuh tapi aku terkena serangan demam panas yang sangat-sangat melampaui batas , badan lebam-lebam ,seram sejuk, lenguh-lenguh sampai kan aku nak berjalan pun rasa cm nak jatuh, nak taip entry blog lagi lah xboleh tangan terketar-ketar macam , Hp di biarkan macam tuh saja, facebook lagi lah aku xbuka dah rasa aku boleh hidup tanpa laptop dah...haha..

 Bila aku demam ak paling xsuka nak tengok muka aku sendiri ! sabar ja lah muka jangan dtanya lah serabai cam orang mati bini, naik jerawat lah  aku cukup takut bila saat-saat macam ni tapi xpe loreal men expert sentiasa menemani ku dimana saja aku berada disaat susah dan senang..(sangat xblh blah kan..haha)

Mayb ni semua dugaan untuk aku so aku berjaya tempuh dugaan nih sangat berterima kasih ngan kawan-kawan yang ambil berat pasal aku... Sempat lah juga tolong-tolong msa kenduri kahwin tuh walaupun sikit-sikit kan.. Untuk hari ni masuk hari keenam aku demam aku dah hampir pulih cuma tinggal 10% mayb nak sihat cergas & gagah seperti selalu....ihiks...

Kepada mereka yang follow hazwan hairy tuh sejuta terima kasih buat korang sebab sudi follow blog yang cikai nih...Kang kejap lagi kalau ada masa terluang aku view blog korang if ada link aku follow back ok kalau yang xde tuh sory ea kalau terbaca entry nih boleh tinggal link kat shout semula...

ayuh!! blogging kembali...